Friday, April 13, 2018

CARA WEAN OFF ANAK DALAM MASA SEHARI


CARA SAYA WEAN OFF ANAK DALAM MASA SEHARI

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”. (Surah al-baqarah ayt 233)
Inara latysha sudah genap 2 tahun dan selamat di wean off kan dalam masa 1 hari .
Yeaa 1 hari nampak mudah 1 hari sahaja tapi sebenarnayaa dalam masa 2 tahun saya berdoa utk dapat sehari tu πŸ™‚
Masa inara di dalam rahim , saya sudah berniat akan menyusukan anak saya selamat 2 tahun dan genap 2 tahun saya akn wean off kan dia ..
Saya sudah set awal awal dalam minda saya genap 2 tahun penyusuan , harus diberhentikan . Ewah ayat πŸ˜‚
Dan saya berjaya .
Tiap kali saya susukan dia saya akn cakap mama susukan inara sampai 2 tahun tau lepas tu mama wean off kan inara , selama 2 tahunn dan saya selitkan kugak dalam doa harian saya πŸ™‚
Hampir hampir nk 2 tahunn mama ajar dah inara minum susu selain susu mama , mama bg fresh milk πŸ™‚
Supaya inara biasa akn susu lain selain susu mama , slow slow mama buat untuk wean off inara , mama buat secara haluss . Hahaha
Mama jugak bezakan inara susu dan susu badan .
Maksudnya kalau susu badan inara akan panggil mikmik dan susu biasa dia akn panggil shushu
Jadi dia tahu perbezaan , agar senang sikit mama nak wean off nanti dan nak bagi dia susu lain tanpa keliru
Mama bagi inara fresh milk pada masa yang sama masih menyusu dengan mama .
Bila dia nak susu lain dia akn sebut mama nak shushu kalau dia nak susu badan dia akn sebut nk mikmik .
Selain tu mama masak macam macam untuk inara supaya inara tahu ada benda lagi sedap selain susu mama .
Dan mama jugak tahu apa yang inara suka dan tak suka .
Inara sangat tak suka bendasing dalam makanan dia or minuman .
Kalau bagi ayam ayam je laa jangan letak benda lain dia tak akan makan dah lepas tu .
Kalau air kalau rasa tak sedap dia tak akan minum dah lepas tu .
So mama dah tahu macam mana nk bentikan inara secara total .
So mama cari hari yang sesuai untuk wean off inara , mama pilih hari jumaat sebab penghulu segala hari πŸ™‚
So mama pilih cara letakkan sirap agar x terlalu kejam rasanya bila dia minum nanti . Ehee
So dalam masa sehari tu mama letak sirap dan letak sekali sahaja , dia xtahu pun mama letakk dan dia minum macam biasa .
Jeng jeng jeng ..
Dia taknak dah mikmik tu , mama offer lagi dia taknak , dan sampai la hari ni , inara 2 tahun 1 bulan 1 hari mama offer dia xnak . Hahahaha .
Dia hanya akan minta shushu sahaja no mikmik katanya πŸ˜‚
Shushu pun mama letak dalam cawan sajo , bukan dalam botol . Ihihi
Mungkin dari awal awal inara di dalam perut , mama sudah berdoa jadi Allah mudahkan πŸ™‚
Mungkin inara pun takde adik lagi jadi lebih mudah πŸ˜‚
Alhamdulillah
Terima kasih inara sebab beri kerjasama dan mama pasti akn rindukan moment moment penyusuan kita πŸ˜­
Ps : lain orang lain caranya , sekadar perkongsian sajo
Ok sekian , terima kasih
Love , mama
Xoxo
Publish ❤️

No comments:

Post a Comment